Setiap proses penyembelihan Qurban akan direkod melalui video atau foto sebagai bukti pelaksanaan bersama Amal Qurban. Kami memastikan setiap Qurban, sama ada di dalam atau luar negara, dilaksanakan dengan amanah dan mengikut syariat Islam. Daging Qurban akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan, seperti anak yatim, fakir miskin, dan keluarga asnaf, yang jarang menikmati hidangan daging. Sumbangan Qurban ini sangat bermakna bagi mereka. Dengan setiap penyembelihan, anda bukan sahaja menunaikan ibadah Qurban, tetapi juga membawa kegembiraan dan kelegaan kepada mereka, memastikan mereka merasai nikmat Aidiladha.