Yayasan Amal Malaysia dan PAPISMA Selangor telah bekerjasama dalam menyampaikan sumbangan 12 unit oxygen concentrator beserta dengan peralatan perubatan yang lain kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kelmarin.
Difahamkan mesin oxygen concentrator merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan gas oksigen dari gas udara biasa dengan mengeluarkan nitrogen secara selektif untuk membekalkan aliran gas produk yang diperkaya oksigen.
Peralatan ini amat penting bagi pihak hospital dalam usaha membantu pihak hospital dalam merawat pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan.
Sumbangan itu diserahkan Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi kepada Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Salleh dan Dr Halimah Ali yang mewakili Yayasan Amal Malaysia.
Turut menyumbang bersama ialah Syabab Care dan Kumpulan Wanita Islam.
Susulan itu, HTAR menerima pelbagai sumbangan daripada pelbagai NGO termasuklah barangan makanan dan minuman serta peralatan lain.
Orang ramai yang berhajat untuk turut serta membantu dalam kempen ini boleh melalui klik link ini.
![](https://www.amalmalaysia.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Sumbangan-HTAR-scaled.jpg)