MISI BANTUAN BANJIR ACEH #AMAL4ACEH

DAPUR RAKYAT ACEH

17 JANUARI 2026

Program Dapur Rakyat Mangsa Banjir Aceh anjuran Yayasan Amal Kedah dengan kerjasama YAKESMA telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, ratusan hidangan panas berjaya disediakan dan diagihkan kepada mangsa banjir yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh.

SUMBANGAN BEG SEKOLAH

17 JANUARI 2026

Program Sumbangan Beg Sekolah Mangsa Banjir Aceh oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia bersama YAKESMA dan para sukarelawan tempatan telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, sumbangan beg sekolah serta kelengkapan pembelajaran berjaya diagihkan kepada para pelajar yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu meringankan kesukaran mereka untuk meneruskan pembelajaran.

AGIHAN IQRA

17 JANUARI 2026

Program Agihan Wakaf Iqra’ oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, 20 naskah iqra’ berjaya diwakafkan ke Darul Quran Yayasan Ummi Saniyah Ibrahim untuk kegunaan para pelajar dan masyarakat yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu mereka meneruskan pembelajaran Al-Quran serta mengekalkan amalan ibadah pasca musibah.

PEMBINAAN RUMAH SEMENTARA

18 JANUARI 2026

Program Pembinaan Rumah Sementara Mangsa Banjir Aceh oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, pembinaan rumah sementara berjaya dilaksanakan bagi menyediakan ruang perlindungan yang lebih selamat dan selesa kepada mangsa banjir di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu mereka meneruskan kehidupan dalam tempoh pemulihan.

AGIHAN AL QURAN

18 JANUARI 2026

 

Program Agihan Wakaf Al-Quran oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama YAKESMA serta para sukarelawan tempatan telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, naskhah Al-Quran berjaya diagihkan kepada masyarakat yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu mereka meneruskan amalan ibadah serta menghidupkan syiar Islam pasca musibah.
 

IFTAR AMAL4ACEH DI PIDIE JAYA

10 MAC 2026

 

Majlis iftar Amal4Aceh bersama penduduk Kg Machang, Kecamatan Meurahdua, Pidie Jaya, Aceh pada 20 Ramadan 1447H (Selasa). Majlis ini membabitkan lebih 400 keluarga dari kampung ini yang terjejas banjir lumpur di Aceh lebih tiga bulan lalu. Turut hadir Bendahari Yayasan Amal Kedah, Dr Alias Md Isa yang setakat ini mengetuai tim pertama lima relawan misi ke-13 Amal Malaysia ke Aceh
 

IFTAR DAN SUMBANGAN TUNAI DI BIRUEN

11 MAC 2026

Ketika kita berbuka dengan hidangan yang mencukupi bersama keluarga, masih ada saudara kita di Aceh yang sedang melalui ujian banjir dan kekurangan makanan untuk berbuka.

Pasukan Yayasan Amal Malaysia (YAM) Kedah kini berada di Acheh untuk menyediakan dan mengagihkan juadah iftar kepada keluarga mangsa banjir, agar mereka juga dapat merasai kegembiraan berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ini.

Scroll to Top