“Hari Keluarga Yayasan Amal Malaysia telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran tetamu – tetamu VVIP khususnya Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut, antaranya pertandingan individu terbuka, pertandingan antara keluarga, serta aktiviti khas untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara seluruh ahli Yayasan Amal dari pelbagai negeri.
Selain itu, semangat kerjasama dan kekeluargaan jelas terpancar apabila semua peserta bersama-sama bergotong-royong dan bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran dan kejayaan Hari Keluarga ini. Keakraban yang terjalin sepanjang program ini menjadi kenangan manis dan simbol perpaduan dalam Yayasan Amal Malaysia.”