
"Laksanakan Qurban dengan Penuh Keikhlasan dan Keberkatan"
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ
Surah Al Kautsar Ayat 2
Maksudnya: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu (Allah); dan berqurbanlah.”


Ibadah Qurban
- Apakah pengertian ibadah Qurban?
Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah. - Apakah syarat untuk melaksanakan ibadah Qurban?
Syarat melaksanakan Ibadah Qurban adalah seperti berikut:- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka (bukan golongan hamba)
- Apakah hukum melaksanakan ibadah Qurban?
Hukum melaksanakannya adalah Sunat Mu’akkadah; iaitu sunat yang sangat dituntut untuk umatNya melakukannya. - Apakah jenis-jenis Qurban wajib?
Qurban adalah;- Qurban atas dasar wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
- Qurban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat
- Qurban Ta’yin, iaitu Qurban yang diniatkan ke atas binatang yang tertentu
- Bolehkah pelaksanaan ibadah Qurban ke atas orang yang sudah meninggal dunia?
Tidak digalakkan melakukan ibadah Qurban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh si mati. - Bolehkah pelaksanaan ibadah Qurban untuk anak saya yang masih kecil?
Boleh, dengan tujuan mendidik anak dengan melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibu bapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat Qurban. - Boleh atau tidak laksanakan satu bahagian lembu untuk satu keluarga?
Satu bahagian lembu Qurban hanya untuk seorang peserta sahaja. Tetapi harus diingatkan bagi peserta itu untuk berniat (doa) serta sedekahkan pahala Qurban itu kepada ahli keluarganya yang lain. - Boleh atau tidak kita membuat Qurban untuk individu lain?
Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada individu tersebut supaya berniat Qurban.
Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah Qurban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlulah berniat, agar ibadah Qurbannya menjadi sempurna. - Adakah perlu membuat akad perwakilan?
Akad perwakilan perlu dibuat bagi orang yang mewakilkan pelaksanaan ibadah Qurban kepada urusetia program Qurban. Akad perwakilan itu juga perlu memadai dengan niat oleh peserta Qurban. - Adakah individu yang menanggung beban hutang boleh melaksanakan ibadah Qurban?
Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang dimaksudkan ialah dengan membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah Qurban. - Boleh atau tidak daging Qurban diagihkan kepada individu bukan Islam?
Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah. - Apakah amalan sunat untuk individu yang melaksanakan Qurban?
Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga Qurban dilaksanakan. - Boleh atau tidak mengunakan duit bantuan / sedekah untuk melaksanakan Qurban?
Boleh, bergantung kepada kemampuannya. - Saya sudah melaksanakan ibadah Qurban pada tahun lalu, perlukah saya laksanakannya lagi?
Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah Qurban pada setiap tahun.
''Pastikan Ibadah Agung ini tidak jadi sia2, Pilih yang dipercayai & Berpengalaman''
YB DATO’ USTAZ AHMAD BIN YAHYA
PENYEMBELIHAN DILAKUKAN SENDIRI OLEH TEAM YAYASAN AMAL MALAYSIA
LOKASI TEAM YAYASAN AMAL MALAYSIA AKAN PERGI UNTUK MENYEMPURNAKAN IBADAH QURBAN PADA TAHUN 2025.

Situasi ketika pengagihan daging qurban.







