Bangi, 4 April – Yayasan Amal Malaysia telah melancarkan Tabung AMAL COVID-19 dengan kerjasama cawangan seluruh negeri sebagai langkah untuk meringankan beban rakyat yang terkesan di dalam tempoh PKP ini dan ‘frontliner’ yang bertugas bagi membendung penularan wabak penyakit COVID-19.
Yayasan Amal Malaysia telah menyumbang sebanyak 1,855 pek makanan kepada petugas barisan hadapan yang memerlukan untuk memerangi gejala COVID-19 dan 1,543 sumbangan barangan asasi diaghikan kepada masyarakat yang sedang kesusahan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Selain itu, Yayasan Amal juga memberi sumbangan 300 Tudung Uniform, 928 ‘Face Sheild’, 10 set kipas dan 2 buah Kanopi kepada pihak Hospital dan Klinik Kesihatan yang memerlukan.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Maybank 553010122090 dengan rujukan ‘ AMALCovid19’
Link untuk Sumbangan Tudung Frontliner:
www.amalmalaysia.org.my/yayasanamalfrontliner/
#covid19 #amalmalaysia #relawanamal