MISI BANTUAN BANJIR ACEH #AMAL4ACEH
DAPUR RAKYAT ACEH
17 JANUARI 2026
Program Dapur Rakyat Mangsa Banjir Aceh anjuran Yayasan Amal Kedah dengan kerjasama YAKESMA telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, ratusan hidangan panas berjaya disediakan dan diagihkan kepada mangsa banjir yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh.
SUMBANGAN BEG SEKOLAH
17 JANUARI 2026
Program Sumbangan Beg Sekolah Mangsa Banjir Aceh oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia bersama YAKESMA dan para sukarelawan tempatan telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, sumbangan beg sekolah serta kelengkapan pembelajaran berjaya diagihkan kepada para pelajar yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu meringankan kesukaran mereka untuk meneruskan pembelajaran.
AGIHAN IQRA
17 JANUARI 2026
Program Agihan Wakaf Iqra’ oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, 20 naskah iqra’ berjaya diwakafkan ke Darul Quran Yayasan Ummi Saniyah Ibrahim untuk kegunaan para pelajar dan masyarakat yang terjejas di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu mereka meneruskan pembelajaran Al-Quran serta mengekalkan amalan ibadah pasca musibah.
PEMBINAAN RUMAH SEMENTARA
18 JANUARI 2026
Program Pembinaan Rumah Sementara Mangsa Banjir Aceh oleh Pasukan Yayasan Amal Malaysia telah berjalan dengan lancar sepanjang pelaksanaannya. Alhamdulillah, pembinaan rumah sementara berjaya dilaksanakan bagi menyediakan ruang perlindungan yang lebih selamat dan selesa kepada mangsa banjir di beberapa kawasan sekitar Aceh, sekali gus membantu mereka meneruskan kehidupan dalam tempoh pemulihan.
AGIHAN AL QURAN
18 JANUARI 2026
