GEMPA BUMI AFGHANISTAN
PRAY4 AFGHANISTAN
KEMPEN BANTUAN GEMPA BUMI AFGHANISTAN
Saudara kita di Afghanistan sedang diuji dengan gempa bumi dahsyat bermagnitud 6.2 yang telah meragut ratusan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain. Ramai kehilangan tempat tinggal dan sangat memerlukan bantuan segera.
Ayuh, hulurkan sumbangan. Sekecil mana pun bantuan anda, ia mampu membawa harapan, menyelamatkan nyawa dan memulihkan semangat mereka yang terkesan.
Kemanusiaan tidak kenal sempadan.
MISI BANTUAN GEMPA AFGHANISTAN
Alhamdulillah, pada 15 September 2025, Yayasan Amal Malaysia telah menyalurkan bantuan pek makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa GEMPA BUMI di Afghanistan.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan, dan semoga Allah membalas kebaikan para penyumbang dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Teruskan bersama kami dalam usaha murni ini dengan menyalurkan sumbangan anda demi membantu lebih ramai mangsa yang masih memerlukan.
