Grand Family Day
Yayasan Amal Malaysia

Langkawi 2024
Grand Family Day Langkawi 2024 merupakan sebuah program yang dianjurkan dan diuruskan oleh YAM cawangan Kedah. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam sepanjang hujung hujung minggu pada 31 Oktober hingga 2 Oktober. Program ini juga melibatkan semua ahli Yayasan Amal Malaysia dari pelbagai cawangan di seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak.





Keberadaan Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama ahli keluarga Yayasan Amal Malaysia memeriahkan lagi suasana



“Hari Keluarga Yayasan Amal Malaysia telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran tetamu – tetamu VVIP khususnya Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut, antaranya pertandingan individu terbuka, pertandingan antara keluarga, serta aktiviti khas untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara seluruh ahli Yayasan Amal dari pelbagai negeri.
Selain itu, semangat kerjasama dan kekeluargaan jelas terpancar apabila semua peserta bersama-sama bergotong-royong dan bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran dan kejayaan Hari Keluarga ini. Keakraban yang terjalin sepanjang program ini menjadi kenangan manis dan simbol perpaduan dalam Yayasan Amal Malaysia.”
VIDEO GRAND FAMILY DAY, PULAU TUBA, LANGKAWI
~Terima Kasih~
Urusetia Grand Family Day 2024 mengucapkan
terima kasih kepada semua yang menjayakan
Program Grand Family Day ini
di Pulau Tuba, Langkawi
Terengganu 2026
Nantikan Grand Family Day yang bakal dianjurkan di Terengganu pada tahun 2026 kelak!