Liputan Keratan Akhbar

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐†๐Ž ๐’๐จ๐ฆ๐š๐ฅ๐ข๐š ๐ค๐ž ๐ข๐›๐ฎ ๐ฉ๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ฆ๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Banting, 10 Julai 2025 โ€” Yayasan Amal Malaysia menerima kunjungan hormat daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Somalia di ibu pejabat hari ini.

Kunjungan tersebut melibatkan kehadiran tiga orang wakil NGO Somalia, yang datang untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang kebajikan dan kemanusiaan, khususnya berkaitan misi bantuan antarabangsa.

Turut hadir dalam sesi pertemuan ini ialah Tuan Norazman bin Ishak, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, yang menyambut baik usaha menjalin hubungan rentas negara demi manfaatย umatย sejagat.

TANZANIAย โ€“ Lebih 20,000 mushaf al-Quran hasil sumbangan rakyat Malaysia berjaya diedarkan ke empat buah negara di Afrika dalam tempoh seminggu lalu.

Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, Zulkifli Baharom berkata, antara negara yang terlibat termasuk Chad, Nigeria, Uganda dan Tanzania, di mana pengagihan dimulakan sejak 5 Jun hasil sumbangan rakyat Malaysia.

SUNGAI PETANIKrisis makanan dan kemiskinan hidup dihadapi beberapa negara di Afrika menyebabkan penduduk tempatan sangat menghargai bantuan luar terutama dari Malaysia.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah, Zulkifli Baharom berkata, mereka memanfaatkan sebaik mungkin agihan daging korban yang diterima sehingga bekalan itu mampu bertahan sampai sebulan.

Scroll to Top