PROGRAM KHATAN PERDANA 2025

PKWR GURUN (18 JAN 2025)

Program Khatan di Dun Gurun bersama YB Badrul Bakhtiar. Harini 18 Januari 2025, seramai 103 orang  telah selamat dikhatankan oleh Team Amal Doctor Yayasan Amal Malaysia. Alhamdulillah semuanya lancar dan Terima kasih buat semua sukarelawan team Amal Doctor Yayasan Amal Malaysia yang turun padang termasuk Program Di DUN Anak Bukit seramai 46 orang.

WADI AN-NASR (27 JAN 2025)

Alhamdulillah terima kasih untuk Team Amal Doctor & Team Yayasan Amal Malaysia dalam menjayakan Program Khatan Perdana 2025 di Wadi An Nasr di Sg Seluang, Lunas, Kulim pada 27 Januari 2025. Terima kasih buat YB Mejar Mansor Zakaria yang turut hadir merasmikan Program ini.
Seramai 70 peserta berjaya dikhatankan oleh Team Amal Doctor Yayasan Amal Malaysia.
Sebanyak 30 paket darah daripada Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Baling. Turut mengisi acara termasuk ceramah kesihatan dari pihak KKM, serta pemeriksaan kesihatan.
Terima kasih buat semua yang terlibat.
 

DUN AYER HITAM (01 FEB 2025)

Alhamdulillah . Team Amal Doctor dan Yayasan Amal Malaysia telah menyantuni anak-anak di DUN AYER HITAM, dalam parlimen Jerlun bersama dengan YB Azhar Ibrahim.
Seramai 50 orang anak-anak telah berdaftar untuk program Khatan Perdana tahun ini.
Pihak Yayasan Amal Malaysia harap program sumbang kasih ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu ayah dan keluarga kanak-kanak tersebut.

PKWR DUN BANDAR BAHARU, KULIM (03 FEB 2025)

Team Amal doktor Yayasan Amal Malaysia menyantuni 83 orang anak-anak dalam program KHATAN PERDANA di PKWR DUN BANDAR BAHARU.
Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar.
Scroll to Top