PROGRAM PARENTING SKILL & MOTIVASI PECUTAN AKHIR SPM 2025

Alhamdulillah dengan izin Allah, selesai sudah Program Parenting Skill & Motivasi Pecutan Akhir SPM 2025 yang berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Kompas Batu 9, Kota Sarang Semut, Kedah

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Prof. Dr. Haim Hilman & Pn Raihan Rosdina atas perkongsian motivasi yang hebat. Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah, Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah & Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Isteri Pegawai Khas MB Kedah (PIKAT) atas anjuran yang bermanfaat ini serta kepada fasilitator, sukarelawan, guru-guru, ibu bapa & para pelajar yang hadir serta bersama-sama menjayakan program ini dengan penuh semangat.

Para peserta daftar di kaunter pendaftaran dan mengambil di tempat di dalam dewan. Para peserta kelihatan fokus dan gembira dapat hadir ke program motivasi ini.
Penyampaian cenderahati kepada wakil - wakil Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah & Pertubuhan Wakil - Wakil Rakyat dan Isteri Pegawai Kha MB Kedah (PIKAT)
Penyampaian cenderahati kepada YB Prof Haim Hilman & Puan Raihan Rosdina selaku penceramah hebat yang sudi berkongsi ilmu kepada para pelajar. Ucapan pembuka yang disempurnakan oleh Haji Zulkfili bin Baharom dan perasmian.
Bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Md Noor dan sesi bergambar bersama para peserta.
Scroll to Top