Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, bersempenan dengan sambutan Hari Raya Puasa pada tahun ini Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah bersama dengan Koperasi Amal Global Berhad (Coop Amal Kedah) mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada Selasa 27 April 2024 bersamaan dengan 18 Syawal 1445H bertempat di Wisma Amal, Sungai Petani, Kedah.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, YB Dato’ Ustaz Ahmad Bin Saad @Yahya iaitu YB Pokok Sena dan para tetamu VIP yang lain. Majlis Rumah Terbuka ini juga duhadiri oleh Amalnita, AJK, pihak pengurusan serta muslimin dan muslimat bagi memeriahkan lagi suasana majlis.
Amal Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan semoga ukhwah yang terjalin sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Seeru A’la Barakatillah.