![](https://www.amalmalaysia.org.my/wp-content/uploads/2021/07/PAGE-2-1.jpg)
Yayasan Amal Malaysia berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 (No Pendaftaran: PPM-014-10-30052001). Sehingga kini, kami mempunyai lebih daripada 600 ahli, dan lebih daripada 2,000 sukarelawan berdaftar di pangkalan data kami. Sesuai dengan Akta Pertubuhan, Yayasan Amal Malaysia menyerahkan akaunnya kepada juruaudit luar, menerbitkan Laporan Tahunan untuk disemak dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara dwi tahunan.
VISI – Menjadi NGO Pilihan Dunia di Dunia menjelang Tahun 2025
MISI – Pertama, Berkhidmat secara sukarela untuk membangun ummah melalui pendekatan Pendidikan, Kebajikan, Kesihatan, Kemanusian dan Kemasyarakatan bagi mencapai potensi diri yang sepenuhnya.
Kedua,melahirkan ahli dan sukarelawan terlatih yang menghayati nilai teras Yayasan Amal Malaysia
Berilmu, Beriman dan Beramal
Berakhlak Mulia
Berprinsip dan Berdisiplin
Berkemahiran dan Berketerampilan
Berkasih sayang, jujur & hormat menghormati
Beramal kerana Allah
1.Kita SATU
(BerKESATUAN dalam SATU organisasi)
2. Proaktif dan Profesional
(Saya adalah seorang yang proaktif dan profesional dalam kerja amal)
3. Berintegriti
(Saya seorang yang berintegriti dalam niat, tingkahlaku dan tatakelola organisasi)
4. Berinovasi
(Saya berinovasi dalam setiap produk yang saya fikir dan cadangkan untuk ummah)
5. Beramal Jariah
(Saya mesti berusaha memberikan MANFAAT kepada ummah seramai mungkin kerana itu adalah jariah saya)
6. Berkolaborasi dan berukhuwah
(Berkolaborasi dan berukhuwah adalah cara saya menyempurnakan gerak kerja)
Semua staf dan relawan yang membawa nama Yayasan Amal Malaysia, perlu mengikut misi dan nilai teras dalam melaksanakan tugas , sama ada di Ibu Pejabat, misi Luar Negara, atau di mana-mana lokasi di mana mereka mewakili organisasi.